ISU DADAH DALAM SUKAN

Dadah, sukan tidak dapat dipisahkan

Oleh HAMDAN AHMAD
DUNIA sukan sekali lagi dikejutkan dengan pengakuan jaguh lumba lari pecut wanita terkemuka Amerika Syarikat, Marion Jones bahawa beliau telah mengambil dadah ketika bertanding di Sukan Olimpik Sydney tahun 2000. Ketika itu beliau berjaya membolot tiga emas dan dua pingat gangsa - satu pencapaian terbaik yang pernah dicapai bagi seseorang atlet yang mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik.
Peristiwa sensasi lain yang melibatkan atlet mengambil dadah ialah ketika di Sukan Olimpik Seoul di mana pelari pecut 100 meter Kanada, Ben Johnson didapati bersalah kerana mengambil dadah.
Dadah menguatkan prestasi atau dikenali dalam bahasa Inggeris Performance-Enhancing Drugs. Ia digunakan oleh atlet semata-mata untuk memberi kelebihan ketika bertanding dalam sesuatu acara sukan. Dadah-dadah ini memberi kesan pada tubuh badan dengan cara berbeza seperti dapat membesarkan otot-otot atau meningkatkan kapasiti aliran oksigen darah. Walau apa pun anggapan kelebihan mengambil dadah, penggunaan dadah terlarang dianggap tidak beretika dan berbahaya dari segi perubatan.
Penggunaan bahan-bahan untuk meningkatkan prestasi ketika bertanding bukanlah satu fenomena baru. Beribu-ribu tahun lalu telah ada cerita tentang atlet mengambil dadah untuk kepentingan mereka di Sukan Olimpik kuno dan acara lain. Para atlet di penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 juga telah mengambil kesempatan menggunakan kafein dan strychnine. Tiga tahun selepas pelumba basikal Belanda mati kerana mengambil dadah di Sukan Olimpik 1960, barulah Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengeluarkan senarai dadah yang dilarang.
Walaupun telah terbukti sahih akan kesan dadah memperkuat prestasi dari segi kesihatan, pembangunan dan penggunaan bahan-bahan tersebut terus meningkat. Teknologi perubatan yang sofistikated beberapa abad kebelakangan ini telah menghasilkan pelbagai jenis dadah baru dan peraturan-peraturan yang membolehkan para atlet menggunakannya.
Permintaan bahan-bahan ini terus meningkat dari semasa ke semasa disebabkan habuan insentif ke atas kecemerlangan sukan. Atlet berlatih bertahun-tahun bagi mengejar kejayaan dan menghasilkan rekod kejohanan. Para atlet amatur terbaik akan menerima biasiswa universiti atau kolej sebagai ganjaran hasil dari pencapaian yang telah ditunjukkan. Ahli sukan profesional terkemuka dalam banyak jenis sukan pula memperoleh pendapatan berjuta-juta ringgit, wang hadiah dan endorsement komersial. Ada di kalangan atlet mengambil dadah kerana khuatir tertinggal di belakang atlet lain.
Banyak kajian menunjukkan ramai atlet tidak mempedulikan risiko kesihatan yang akan dihadapi sekiranya mereka mampu mendapatkan kelebihan dengan cara tidak tulen. Oleh yang demikian, isu ini telah menjadi masalah yang paling serius dalam dunia sukan hari ini

MISI,MATLAMAT DAN OBJEKTIF

Misi
Meningkatkan pengetahuan kesihatan yang menyeluruh dalam kalangan pelajar IPTA dan IPTS dan seterusnya melahirkan pelajar yang aktif dalam sukan dengan mengamalkan gaya hidup bebas tanpa dadah.

Matlamat
Melahirkan  generasi  IPTA  dan IPTS yang sihat sejahtera, selamat, cergas,  berkualiti dan tingkah laku yang baik bagi   ke arah peningkatan dan pencapaian  negara dalam menuju ke arah wawasan 2020.


Objektif

Memberi pengetahuan dan  memupuk sikap serta amalan kesihatan yang baik agar pelajar IPTA dan IPTS lebih  bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan diri mereka dan mengamalkan gaya hidup sihat dalam persekitaran yang baik dan sejahtera. 

Pengumpulan dana bagi menjayakan program

 



Utusan Malaysia Online - Rencana

Program “Rakyat 1 Malaysia Sihat Tanpa Dadah– Anjuran PEMADAM Negeri Perak


Pada 24 Julai 2010 (Sabtu) kami / unit Pencegahan daripada AADK Negeri Sabah telah mengadakan pameran di Perkarangan Dewan Serbaguna Kg. Berop Tanjung Malim, bermula jam 6 pagi dan berakhir pada t/hari. Sambutan daripada para peserta adalah amat memberangsangkan. Pada kesempatan itu juga, Ahli Rakan Antidadah (RADA), Ahli Masyarakat Wanita Antidadah (MAWADAH) dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah digerakkan bersama-sama ke dalam proram anjuran PEMDADAM ini.
Tujuan program diadakan untuk meningkatkan kesedaran khususnya penduduk kampung tentang bahaya dadah dan musibahnya kepada masyarakat. Disamping juga untuk meningkatkan kesedaran umum khususnya generasi muda tentang pentingnya menjaga kesihatan, kecergasan fizikal dan mental agar dapat menjauhkan diri dari gejala sosial khususnya dadah. Dalam program ini, para peserta yang terdiri daripada masyarakat di tiga buah kampung diminta untuk mengedarkan risalah antidadah dari rumah ke rumah.



















KENALI DADAH

 Gambar: Program Kenali Dadah

Gambar: Salah Satu Kesan Dadah


Gambar: Jenis-jenis Dadah

GANJA (canabis sativa)


Ganja

Pengenalan
Kanabis atau Ganja adalah sejenis dadah yang paling kerap disalahgunakan. Ia biasa disalahgunakan untuk tujuan relaksasi, dan memberi si pengguna perasaan seronok. Ia juga digunakan untuk aspek perubatan, contohnya bagi mengurangkan sakit dan perawatan paliatif bagi mereka yang mengalami penyakit kanser di peringkat akhir hayat (terminal).
Ganja diperolehi dari sejenis pohon yang bernama 'cannabis sativa' atau hemp. Pohon kanabis mengeluarkan sejenis damar, yang meliputi bahagian pohon yang berbunga dan dedaun di sebelah atas.. Damar ini mengandungi satu sebatian psikoaktif yang dipanggil THC (tetrahydrocannabinoid). Kepekatan THC berbeza mengikut bahagian pohon tersebut. Kesemua bahagian pohon boleh digunakan. Nama panggilan yang lazim digunakan penagih juga berbeza mengikut bahagian mana yang di guna. Nama biasa yang digunakan adalah marijuana, pot, weed, dope, hashish atau hash. Ia biasanya dihisap atau disedut. Ia boleh digulung seperti tembakau atau disedut melalui shisha (water pipe).
Tanda-tanda dan gejala
Apakah tanda-tanda dan gejala penyalahgunaannya?
Pada peringkat awal, penggunaan ganja boleh mendatangkan perasaan tenang dan relaks, peningkatan perasaan waspada, penambahan selera makan dan mata menjadi merah. Bila digunakan berpanjangan ia boleh menyebabkan hilang keseimbangan, lembap dalam berfikir, lambat masa bertindakbalas, gangguan daya ingatan, kesukaran bernafas, kadar denyutan jantung meningkat, kebimbangan, perasaan curiga dan sangsi.


Komplikasi
Ganja juga boleh menyebabkan tanda-tanda gian jika digunakan pada dos yang tinggi. Gejala-gejala itu termasuk:
  • Kebimbangan
  • Lekas marah
  • Berpeluh
  • Hilang selera makan
  • Kemuraman
  • Gangguan tidur
Ganja juga telah dikenalpasti boleh mengurangkan bilangan sperma dan boleh menyebabkan kemandulan.
Ia boleh membuat si pengguna beralih kepada heroin dan menyebabkan ketagihan dan pergantungan. Ia boleh menghasilkan penyakit mental yang serius, seperti penyakit kemurungan dan penyakit paranoid.
Kumpulan Sokongan
Addiction Centre
  • Agensi Anti Dadah Kebangsaan
  • PEMADAM
  • PENGASIH
  • Guru
Psychiatrists
  • Specialist Counsellors in Addiction Issues
  • Clinical Psychologists
  • Ibu bapa
  • Guru sekolah

DADAH DAN SUKAN


Dadah dan Sukan
Apakah isu-isu yang melibatkan dadah dan sukan?
  • Penggunaan drug untuk meningkatkan tahap keupayaan sukan bukan sahaja menyebabkan kesan sampingan yang buruk tetapi boleh membawa maut kepada ahli-ahli sukan tahun demi tahun.
  • Dalam tahun 1967, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa telah bersetuju untuk mengharamkan atau menghadkan penggunaan sesetengah bahan atau kaedah yang boleh meningkatkan tahap keupayaan atlit.
  • Atlit berisiko disingkirkan dari menyertai pertandingan sekiranya didapati positif mengambil dadah terlarang melalui ujian secara rambang. Mereka juga akan merana akibat kesan drug samada secara jangka pendek dan panjang.
Apakah maksud Dadah?
Dadah adalah merupakan sesuatu bahan (selain daripada makanan) yang apabila diambil, akan menyebabkan perubahan dalam badan. Jika perubahan itu memberi manfaat kepada badan, dadah ini disebut sebagai ubat. Sekiranya perubahan ini membawa keburukan kepada badan, ianya disebut sebagai racun.
Apakah 'doping'?
'Doping' adalah penggunaan bahan atau kaedah yang diharamkan untuk meningkatkan prestasi sukan oleh atlit.
'Doping' secara tidak sengaja berlaku apabila atlit mengambil ubat untuk merawat sesuatu penyakit dan tanpa disedari ubat berkenaan mengandungi bahan yang dilarang.
Atlit-atlit tertakluk kepada polisi melarang 'doping' dan bertanggungjawab untuk menyemak status bahan-bahan dan ubat-ubatan yang diambil.
Kenapa sesetengah bahan dan kaedah diharamkan?
Alasan diharamkan melibatkan beberapa isu:
  • Kesihatan - Banyak bahan boleh menyebabkan kesan yang tidak baik terhadap kesihatan jika tidak digunakan dengan betul.
  • Etika - Di dalam sesetengah keadaan bahan-bahan dan kaedah-kaedah yang diharamkan boleh meningkatkan tahap keupayaan atlit melebihi tahap biasa.
  • Undang-Undang - Sesetengah drug adalah haram dan dengan itu penggunaannya adalah dilarang dalam sukan.
Apakah polisi penyalahgunaan drug dalam sukan di Malaysia?
Strategi yang diambil bertujuan untuk :
  • Pencegahan
  • Pembasmian :
    • Salah laku dan penyalahgunaan dadah
    • Sikap dan kebiasaan yang cenderung ke arah doping
  • Memantau :
    • Ujian doping di luar pertandingan
    • Parameter latihan dan tahap keupayaan
Langkah berjaga-jaga
Sebelum mengambil sebarang ubat, atlit perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor, pegawai sukan bertauliah dan pegawai pusat doping, jika ingin menyertai acara sukan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Ini adalah kerana terdapat banyak ubat yang boleh membawa kesan terhadap tahap keupayaan atlit. (Senarai komprehensif bahan yang dilarang boleh didapati daripada 'Prohibited List International Standard' pada tahun 2005 atau dengan melayari www.wada-ama.org.
Bahan-bahan dan kaedah-kaedah yang dilarang
Senarai bahan-bahan dan kaedah doping yang dilarang. Penggunaannya merupakan satu penipuan.
Jenis dan deskripsi
Kesan-kesan sampingan
Agen Anabolik
  • Steroid anabolik androgenik adalah merupakan hormon sintetik testosteron.

  • Agen ini sering didapati dari pasaran gelap/haram di gimnasium dan kelab kecergasan kerana untuk mendapatkannya perlu mempunyai preskripsi doktor.

  • Contoh:
    • Danazol (digunakan untuk mengurangkan bengkak di bahagian dada bagi lelaki)
    • Clenbuterol (agonis beta-2 yang digunakan meningkatkan tumbesaran haiwan).


  • Botak
  • Jerawat
  • Penambahan bulu di muka dan badan
  • Kerosakan hati
  • Bagi lelaki ciri-ciri perempuan lebih terserlah dan sebaliknya.
  • Perubahan 'mood'
  • Potensi untuk menyebabkan mandul
  • Kebanyakan steroid anabolik perlu disuntik, oleh itu pengguna terdedah kepada bahaya perkongsian jarum atau jarum yang tidak steril
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/teens/P8T1_drugandsport.jpg
  • Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan
Agonis Beta-2
  • Agonis beta-2 sering didapati pada ubat-ubatan asma
  • Hanya Salbutamol, Salmeterol dan Terbutaline dalam bentuk sedutan dibenarkan untuk rawatan dan pencegahan serangan asma


  • Tangan mengeletar
  • Pening
  • Berdebar-debar
Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan
Agen yang mempunyai aktiviti anti-estrogen
  • Agen ini digunakan secara haram, untuk mencegah kesan sampingan yang disebabkan oleh steriod anabolik, seperti pembesaran payudara

  • Contoh:
    • Tamoksifen (digunakan dalam rawatan kanser payudara dan kemandulan)
    • Clomifen (untuk kemandulan)


  • Muka merah dan panas
  • Perut tidak selesa
  • Bengkak
Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan
Diuretik dan agen 'samaran'
  • Agen samaran berpotensi melindung kehadiran bahan terlarang di dalam air kencing atau sampel lain. Contohnya: diuretik, probenesid dan pengembang plasma
  • Atlit selalunya menggunakan ubat diuretik untuk mengurangkan berat badan atau menyingkirkan steroid anabolik daripada badan
  • Contoh diuretik (ubat yang digunakan untuk menyingkirkan cecair badan) ialah furosemida dan amilorida
  • Contoh pengembang plasma adalah dekstran dan albumin


  • Dahaga
  • Penyahhidrat






Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan
Analog peptid dan hormon glikoprotin
  • Hormon ini bertindak dengan merangsang pertumbuhan, mempengaruhi kelakuan, mengubah kesan sensitiviti terhadap kesakitan dan kemahuan seks.

  • Bahan kimia yang mempunyai struktur yang sama dengan hormon ini (atau analog) akan memberi kesan yang sama.

  • Bahan-bahan yang terkandung dalam kumpulan ini adalah eritropoietin (EPO), hormon tumbesaran manusia, hormon korionik gonadotrofin (HCG) dan kortikotrofin.


  • Hormon tumbesaran digunakan untuk meningkatkan saiz dan kekuatan otot. Kesan sampingannya termasuklah:
    • Akromegali - pembesaran tangan, kaki dan muka.
    • Masalah otot dan sendi menyebabkan kesukaran menjalankan latihan
  • Diabetis (kencing manis)
  • Eritropoietin merangsang pembentukan sel darah merah
    • Ini akan menyebabkan peningkatan kelikatan darah dan boleh menyebabkan masalah peredaran darah (angin ahmar, serangan jantung).
Ubat perangsang
  • Kumpulan ini termasuklah
    • Amfetamin
    • Kafein (dalam kuantiti yang banyak).
    • beberapa kandungan aktif ramuan ubat selesema dan ubat demam seperti pseudoephedrin.
.
  • Kesan sampingan termasuk
    • Meningkatkan kadar denyutan jantung
    • Menjejas kebolehan badan untuk mengawal suhu badan.
Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan
Analgesik Narkotik.
  • Ini merupakan penahan sakit yang kuat dan kebanyakannya mengandungi bahan yang terlarang
    bukan sahaja untuk sukan.
  • Atlit cenderung menggunakan ubat-ubat sedemikian untuk menahan sakit daripada latihan intensif.
  • Contoh: kodein dan morfin.


  • Narkotik mempunyai potensi ketagihan.

Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan
Kaedah-kaedah yang dilarang
  • Menambahkan pertukaran oksigen
    • Doping darah dan penggunaan produk-produk sintetik yang boleh meningkatkan pengambilan dan penghantaran oksigen keseluruh tubuh.
  • Manipulasi Fizikal dan Bahan Kimia
    • Mengubah, atau cubaan mengubah dengan menggunakan bahan-bahan atau kaedah-kaedah yang mengubah ciri-ciri sampel untuk ujian doping.


  • Doping Genetik
    • Penggunaan gen dan/atau sel-sel bagi tujuan meningkatkan prestasi.

ORGANISASI KUMPULAN


NAMA: MOHD AZRUL BIN SAMSUDIN
PENGARAH PROGRAM 

NAMA : MOHAMMAD HAFIZON NAIM B. MD DESA
PENOLONG PENGARAH PROGRAM 


NAMA  : MOHAMAD RAHMAD BIN SHAMSUDIN
PENGURUS PROMOSI 

NAMA : MOHD SYAKIR BIN MOHD KHALID
BIRO PERHUBUNGAN AWAM  


AHLI KUMPULAN


MOHD AZRUL BIN SAMSUDIN
D20081031818

MOHAMAD RAHMAD BIN SHAMSUDIN
D2008131829

MOHD SYAKIR BIN MOHD KHALID
D20081031811

MOHAMMAD HAFIZON NAIM BIN MD DESA
D20081031835